Wednesday, August 31, 2011

Merdeka Raya.

Assalammualaikum


Happy Eid ul-Fitri Almubarak. Forgive my wrong towards you and you're forgiven. May Allah bless you - Ashraf and family (:


HAPPY MERDEKA RAYA :)




 

Sunday, July 3, 2011

Saturday And Sunday

Assalamualaikum. Tak jawab dosa, Kalau jawab sayangs. Hihi. Wassup everybody?
 It's about my Saturday and Sunday.
Saturday.
Its Saturday. Hari yang sangat bersemangat dan bertenaga. Haha .Almaklumlah, nak berlari punya pasal. Larian 1MALAYSIA .1Murid1Sukan .Untuk pengetahuan , larian satu malaysia, merentas desa dan hari ganti sekolah dilakukan pada hari yang sama di sekolah saya. Semangat ni, pukul 5 pagi dah bangun. Then sampai sekolah bla bla bla. Ramai jugek yang datang. Lepastu warming up. Fuh, belum apa-apa saya dah berpeluh dulu. Baru warming up ni. Haha. Excited punya pasal.

*Nombor untuk larian.

Tu dia. Di saat ingin berlari, hatiku berdengup kencang .Saya lari bersama Aqif , Muzaffar and saifullah .Larian pun bermula. Dok bersemangat berlari ni , tiba-tiba ada pulak kasut pelajar tercabut. Hahaha. Entah kasut budak mana entah, semangat sangat agaknya sampai tercabut kasut. Saya dan Muzaffar terkekeh-kekeh gelak. Sambil-sambil belari, dengan muka agak blur, Muzaffar tanya "Roy, kau rasa budak tu ambil balik tak kasut dia? kesian dia, punya semangat kan. Orang ramai tgh berlari tetiba dia kena stop ambil kasut dia tu. Mesti dia sedih". Saya yang masih terkekeh-kekeh hanya dapat jawab "Entahlah" Hahaha. Sakit perut tahu gelak sambil berlari. Dengan segera aku stop gelak. Then saya lari and bla bla bla. Dah sampai Jalan Persekutuaan, saya jogging seorang diri. Saifullah dah ke depan, Muzaffar and Aqif entah kemana . Hui, penat tu lari. Lenjun baju seluar semua dengan air peluh. Mcm mandi hujan, Almaklumlah, dah lama tak lari, penat gila bhai, tapi dengan bekal semangat yg ada, saya tetap berjogging. Akhirnya nampak juga bangunan sekolah saya balik dan itu tandanya saya dah nak sampai. Lari punya lari then sampai, kaki dok terketak ketak. Haha. Dengan perasaan yg bangga saya mengumumkan bahawa saya mendapat Nombor yang ke 61 dan tidak disqualify. Yay.

Fuyo. Aku cukup puas hati. Yela macam tahun lepas saya disqualify, punyalah penat lari tetiba disqualify sebeb tak sampai waktu yg ditetapkan. Tapi tahun ni saya berjaya. Yay. Haha. kelakar pulak saya dengar .Kemudian; selepas semua samapi ke sekolah, semua duduk lepak kepenatan. Peh. Memang penat. Sambil-sambil tu sembang-sembang juga dengan kawan-kawan..
 

Then rehat bla bla bla. Selepas larian dah tamat, semua pelajar diarahkan masuk ke kelas kecuali Form1 and Form2. Katanya nak belajar, tengok-tengok macam *tut*. Tak belajar pun dan saya pun lepak kelas 3Jujur. Pinjam buku Ana Zayana mencari perkataan, Hmm. Buku yang cari perkataan tu. Terlupa nama dia.


 Then dah puas lepak 3Jujur, saya kembali ke kelas saya, hui, ramai classmates Ahmoi-ahmoi and Apek-apek ada dlm kelas. Dok main permainan apa enah nama dia, lupa. Haha. Tak payah cerita lah. Aku pun lepak je tengok mereka main. Then Afif dari kelas 3Jujur datang membawa permainan yg baru. Permainanan 'Pasa Bele Bele Bele' nama dia. Hahaha. Korang tahu? Permainan yang main tepuk peha tu. Diorang pon dok main. Then datang Sean, Fadia and Dania tengok and berminat nak joindi. Diorang kelihatan sangat excited, terutama si Fadia.Saya pun apa lagi, join sekali lah. Dok main sambil nyanyi lagu permainan tu. Seronok juga main benda alah ni. Waktu main je, Fadia mesti kalah. And guess what, di saat dia kalah tu tanpa segan silu dia ckp "I hate this game because i always lose Hahaha". Dia gelak wa cakap lu satu kelas bole dengar. Hahaha. Dia memang super Loud. Seronok sangat. Dok sedap tengah main, tetiba loceng bunyi. Aduh, dah balik. Then saya balik and mak saya ambil. Then sampai rumah bla bla bla, malas nak pegi Tuisyen. Penat. My mom pun bagi green light. Ada sebab my mom bg green light, petang tu nk pergi rumah my aunty kat Subang and nak pergi shopping. Best bersama keluarga yang gila-gila dan hapening. My mom teringin nak pergi and tengok kedai Rakyat 1Malaysia yang dekat LRT Kelana Jaya tu. Then my aunty semua pergi shopping dekat sana. Boleh harga barangan dekat situ. Biasa-biasa juga. Then dah penat kita balik rumah Opah, lepak-lepak sekejap, sembang-sembang. Then pukul 11 malam baru balik rumah saya. Fuh. Di fikir-fikir balik, hari ni sangat penat, cuba bayangkan, pagi tadi lari 5 kilometer, petang pergi shopping. Fui Cik Pe'ah hoi, penat. Apa-apa pon tetap hapenning :)



 
Sunday.
 Ahad yg sangat memenatkan. Haha. Belom apa-apa dah penat, yelah kena bangun pukul 9 pagi. Dengan lariannya semalam, dengan tidur lambatnya. Bdn dok lemah je. Apa-apa pun saya tetap kuatkan diri, almaklumlah nak pergi KDU COLLEGE. Yes, saya pergi seminar kat KDU College. Huhu. Pukul 11 pagi dah kena ada kat sekolah. Then semua sampai di sekolah, bertolak and bla bla bla. Sudah sampaikat sana saya diminta mengisi borang dan masuk ke dalam dewan. Then dpt beg KDU College, air Milo and Sandwich seorang satu. Banyak juga sekolah yg sertai seminar ni. Yg penting seminar ni best, tak banyak membebel, just bg info yg penting and masuk exam je. Semua info ni diberi oleh AndrewChoo. Best jugalah dia. Nak story ni, saya bole hpulak terjumpa cousin gila-gila saya kat seminar ni, Zharaa, Hhaha . Jumpa kejap je. Then saya ternampak cousin saya lagi sorang, Faiz, tak dpt tegur, dia jauh and dia tak nmpak saya. Huhu. Yang paling best, ada cabutan bertuah. Seminar free pun ada cabutan bertuah nyah.  Hahaha. Ada 3 hadiah Hamper. Surprisingly sekolah saya dpt 2 cabutan bertuah tu. Nama Shahirah and budak laki sorg lagi (sorry tak ingt nama) Hihi. Then dah habis kitaorg naik bas and balik sekolah. Best sangat dpt jmpa kawan-kawan di seminar di hari minggu. Gitu. Hahaha. Apa-apa pun here are the photos.
 
* Suasana dan keadaan di Kolej KDU.

* Ini merupakan beg dari Kolej KDU yang telah saya dapat ketika menyertai program ini. Untuk pengetahuan, model yang memperagakan beg ini merupakan kawan saya. Huhu.

Sunday, June 26, 2011

Favourite

Assalamualaikum
Maridekat maridekat, nak share something ni. Inilah kenderaan yang paling saya suka. Saya gemar kereta yang berjenama Volkswagen ini. Senang cerita kenderaan ini namanya ialah Camper Volkswagen. Kalau saya dapat, saya sumbat semua kawan-kawan saya dalam camper volkswagen ni. Bawak round satu KL cukup lah, kan? Haha. Orang kata kenderaan ni dah lama/tua. No matter what saya tak kira, saya suka dan saya nak jugak. Bagi saya kenderaan ni 'bergetah' lagi tahu. Hahaha. Here are the photos and enjoy.
 
 


 


Till then..

Sunday, June 19, 2011

Tak Payah Wish


Assalamualaikum.
Hello friends? How's u guys doing?
 
 
Well, hari ini I learn alot kat Tuisyen tadi. Harap saya tak lupa. 18/06/2011. Hari yang membawa kegembiraan kepada my lovely friend Nur Shahida. It's her birthday.  Happy Birthday Shida yang ke 15 tahun. May Allah bless you, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Study smart ok. Thanks kerana menjadi kawan yg baik dan gila-gila :) Goodluck in PMR .Aku doakan semoga kau berjaya. kita tempuh sama-sama ok. Be a strong person. Jangan hirau kata-kata orang. Aku tahu kau boleh. Doakan aku berjaya dalam PMR juga ok. Love you friend.





As korang tahu today's date is 18/06/2011 . HAPPY FATHER'S DAY to all fathers out there. Kepada bapa-bapa yg sedang membaca blog ini sekarang, "Hai uncle, Selamat Hari Bapa. Control macho ok. Hihi. Semoga menjadi bapa yg terus tabah dan kuat". Ikhlas dari saya. So yes dear,  Its a Father's Day . Hapelah korang yang tak ingat tu. Choi! Tapi tak apa' kalau dah ingat pergi wish kt your father cepat-cepat. Ingat pengorbanan ayah/ daddy/ walid/ baba/ bapa korang .Tak payah nak wish kat org yg telah membesarkan kita, mendidik dan menjaga kita sehingga menjadi seorang yg macam sekarang. Jadi diri korang sekarang. Yang pandai membaca, menulis dan mem-bloger mcm sekarang, kan? Yes, memang korang tak salah baca. Memang tak 'Payah' atau dengan erti kata lain 'Tidak susah'. Jadi wish Selamat Hari Bapa pun sudah memadai. Mungkin dengan wish yg anda ucapkan dpt merubah sesuatu keadaan atau perasaan. Yang penting mesti ikhlas, hargai ayah korang dan buat dia berasa bangga dengan korang. Macam saya, Baba saya telah menemui Illahi sejak ashraf berumur 5 tahun. Sedih memang sedih, rindu memang rindu. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Tapi dengan kehilangan seorang ayah bukan menjadi penghalang kepada saya, malah ia membuatkan saya menjadi seorang yg lebih kuat, lebih bersungguh-sungguh untuk belajar. Jadi, sayangilah dan hargailah ayah korang selagi masih ada. Tak payah untuk mengucapkan 3 perkataan yg memberi makna yg mendalam kpd ayah korang :) Kepada arwah Baba - Selamat Hari Bapa. Ashraf sayang baba. Harap korang dpt sedekah kan Al-Fatihah utk Baba saya.
Al-Fatihah ( Zulkifli bin Abdul Latiff )

Saturday, June 18, 2011

Hijab

Assalamualaikum
How's life? sorry kerana lama tak update. So here is the photos that i will like to share with you guys.


Ini merupakan lukisan dari saya sendiri. Inspirasi untuk saya melukis lukisan ini adalah dari pemakaian dan perwatakan wanita Timur Tengah. Terdapat juga cerita disebalik lukisan ini yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkannya. Kisah bermula ketika saya terjumpa seorang gadis berbangsa melayu yang persis seperti gadis yang saya idamkan. Dari situ saya mula melihat dia dari jauh dan terus menjadi contoh kepada lukisan yang telah saya lukiskan.


Friday, March 18, 2011

Ro Ya Nun Dal Wau


Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu
 
 
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu.


Rindu setengah mati  -  D’masiv