Work like you don’t need money, love like you’ve never been hurt, and dance like no one’s watching .
Sunday, July 10, 2011
Sunday, July 3, 2011
Saturday And Sunday
Assalamualaikum. Tak jawab dosa, Kalau jawab sayangs. Hihi. Wassup everybody?
It's about my Saturday and Sunday.
Its Saturday. Hari yang sangat bersemangat dan bertenaga. Haha .Almaklumlah, nak berlari punya pasal. Larian 1MALAYSIA .1Murid1Sukan .Untuk pengetahuan , larian satu malaysia, merentas desa dan hari ganti sekolah dilakukan pada hari yang sama di sekolah saya. Semangat ni, pukul 5 pagi dah bangun. Then sampai sekolah bla bla bla. Ramai jugek yang datang. Lepastu warming up. Fuh, belum apa-apa saya dah berpeluh dulu. Baru warming up ni. Haha. Excited punya pasal.
*Nombor untuk larian.
Tu dia. Di saat ingin berlari, hatiku berdengup kencang .Saya lari bersama Aqif , Muzaffar and saifullah .Larian pun bermula. Dok bersemangat berlari ni , tiba-tiba ada pulak kasut pelajar tercabut. Hahaha. Entah kasut budak mana entah, semangat sangat agaknya sampai tercabut kasut. Saya dan Muzaffar terkekeh-kekeh gelak. Sambil-sambil belari, dengan muka agak blur, Muzaffar tanya "Roy, kau rasa budak tu ambil balik tak kasut dia? kesian dia, punya semangat kan. Orang ramai tgh berlari tetiba dia kena stop ambil kasut dia tu. Mesti dia sedih". Saya yang masih terkekeh-kekeh hanya dapat jawab "Entahlah" Hahaha. Sakit perut tahu gelak sambil berlari. Dengan segera aku stop gelak. Then saya lari and bla bla bla. Dah sampai Jalan Persekutuaan, saya jogging seorang diri. Saifullah dah ke depan, Muzaffar and Aqif entah kemana . Hui, penat tu lari. Lenjun baju seluar semua dengan air peluh. Mcm mandi hujan, Almaklumlah, dah lama tak lari, penat gila bhai, tapi dengan bekal semangat yg ada, saya tetap berjogging. Akhirnya nampak juga bangunan sekolah saya balik dan itu tandanya saya dah nak sampai. Lari punya lari then sampai, kaki dok terketak ketak. Haha. Dengan perasaan yg bangga saya mengumumkan bahawa saya mendapat Nombor yang ke 61 dan tidak disqualify. Yay.

Fuyo. Aku cukup puas hati. Yela macam tahun lepas saya disqualify, punyalah penat lari tetiba disqualify sebeb tak sampai waktu yg ditetapkan. Tapi tahun ni saya berjaya. Yay. Haha. kelakar pulak saya dengar .Kemudian; selepas semua samapi ke sekolah, semua duduk lepak kepenatan. Peh. Memang penat. Sambil-sambil tu sembang-sembang juga dengan kawan-kawan..
Then rehat bla bla bla. Selepas larian dah tamat, semua pelajar diarahkan masuk ke kelas kecuali Form1 and Form2. Katanya nak belajar, tengok-tengok macam *tut*. Tak belajar pun dan saya pun lepak kelas 3Jujur. Pinjam buku Ana Zayana mencari perkataan, Hmm. Buku yang cari perkataan tu. Terlupa nama dia.

Then dah puas lepak 3Jujur, saya kembali ke kelas saya, hui, ramai classmates Ahmoi-ahmoi and Apek-apek ada dlm kelas. Dok main permainan apa enah nama dia, lupa. Haha. Tak payah cerita lah. Aku pun lepak je tengok mereka main. Then Afif dari kelas 3Jujur datang membawa permainan yg baru. Permainanan 'Pasa Bele Bele Bele' nama dia. Hahaha. Korang tahu? Permainan yang main tepuk peha tu. Diorang pon dok main. Then datang Sean, Fadia and Dania tengok and berminat nak joindi. Diorang kelihatan sangat excited, terutama si Fadia.Saya pun apa lagi, join sekali lah. Dok main sambil nyanyi lagu permainan tu. Seronok juga main benda alah ni. Waktu main je, Fadia mesti kalah. And guess what, di saat dia kalah tu tanpa segan silu dia ckp "I hate this game because i always lose Hahaha". Dia gelak wa cakap lu satu kelas bole dengar. Hahaha. Dia memang super Loud. Seronok sangat. Dok sedap tengah main, tetiba loceng bunyi. Aduh, dah balik. Then saya balik and mak saya ambil. Then sampai rumah bla bla bla, malas nak pegi Tuisyen. Penat. My mom pun bagi green light. Ada sebab my mom bg green light, petang tu nk pergi rumah my aunty kat Subang and nak pergi shopping. Best bersama keluarga yang gila-gila dan hapening. My mom teringin nak pergi and tengok kedai Rakyat 1Malaysia yang dekat LRT Kelana Jaya tu. Then my aunty semua pergi shopping dekat sana. Boleh harga barangan dekat situ. Biasa-biasa juga. Then dah penat kita balik rumah Opah, lepak-lepak sekejap, sembang-sembang. Then pukul 11 malam baru balik rumah saya. Fuh. Di fikir-fikir balik, hari ni sangat penat, cuba bayangkan, pagi tadi lari 5 kilometer, petang pergi shopping. Fui Cik Pe'ah hoi, penat. Apa-apa pon tetap hapenning :)
Ahad yg sangat memenatkan. Haha. Belom apa-apa dah penat, yelah kena bangun pukul 9 pagi. Dengan lariannya semalam, dengan tidur lambatnya. Bdn dok lemah je. Apa-apa pun saya tetap kuatkan diri, almaklumlah nak pergi KDU COLLEGE. Yes, saya pergi seminar kat KDU College. Huhu. Pukul 11 pagi dah kena ada kat sekolah. Then semua sampai di sekolah, bertolak and bla bla bla. Sudah sampaikat sana saya diminta mengisi borang dan masuk ke dalam dewan. Then dpt beg KDU College, air Milo and Sandwich seorang satu. Banyak juga sekolah yg sertai seminar ni. Yg penting seminar ni best, tak banyak membebel, just bg info yg penting and masuk exam je. Semua info ni diberi oleh AndrewChoo. Best jugalah dia. Nak story ni, saya bole hpulak terjumpa cousin gila-gila saya kat seminar ni, Zharaa, Hhaha . Jumpa kejap je. Then saya ternampak cousin saya lagi sorang, Faiz, tak dpt tegur, dia jauh and dia tak nmpak saya. Huhu. Yang paling best, ada cabutan bertuah. Seminar free pun ada cabutan bertuah nyah. Hahaha. Ada 3 hadiah Hamper. Surprisingly sekolah saya dpt 2 cabutan bertuah tu. Nama Shahirah and budak laki sorg lagi (sorry tak ingt nama) Hihi. Then dah habis kitaorg naik bas and balik sekolah. Best sangat dpt jmpa kawan-kawan di seminar di hari minggu. Gitu. Hahaha. Apa-apa pun here are the photos.
* Suasana dan keadaan di Kolej KDU.
Subscribe to:
Comments (Atom)






