Sunday, June 26, 2011

Favourite

Assalamualaikum
Maridekat maridekat, nak share something ni. Inilah kenderaan yang paling saya suka. Saya gemar kereta yang berjenama Volkswagen ini. Senang cerita kenderaan ini namanya ialah Camper Volkswagen. Kalau saya dapat, saya sumbat semua kawan-kawan saya dalam camper volkswagen ni. Bawak round satu KL cukup lah, kan? Haha. Orang kata kenderaan ni dah lama/tua. No matter what saya tak kira, saya suka dan saya nak jugak. Bagi saya kenderaan ni 'bergetah' lagi tahu. Hahaha. Here are the photos and enjoy.
 
 


 


Till then..

Sunday, June 19, 2011

Tak Payah Wish


Assalamualaikum.
Hello friends? How's u guys doing?
 
 
Well, hari ini I learn alot kat Tuisyen tadi. Harap saya tak lupa. 18/06/2011. Hari yang membawa kegembiraan kepada my lovely friend Nur Shahida. It's her birthday.  Happy Birthday Shida yang ke 15 tahun. May Allah bless you, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Study smart ok. Thanks kerana menjadi kawan yg baik dan gila-gila :) Goodluck in PMR .Aku doakan semoga kau berjaya. kita tempuh sama-sama ok. Be a strong person. Jangan hirau kata-kata orang. Aku tahu kau boleh. Doakan aku berjaya dalam PMR juga ok. Love you friend.





As korang tahu today's date is 18/06/2011 . HAPPY FATHER'S DAY to all fathers out there. Kepada bapa-bapa yg sedang membaca blog ini sekarang, "Hai uncle, Selamat Hari Bapa. Control macho ok. Hihi. Semoga menjadi bapa yg terus tabah dan kuat". Ikhlas dari saya. So yes dear,  Its a Father's Day . Hapelah korang yang tak ingat tu. Choi! Tapi tak apa' kalau dah ingat pergi wish kt your father cepat-cepat. Ingat pengorbanan ayah/ daddy/ walid/ baba/ bapa korang .Tak payah nak wish kat org yg telah membesarkan kita, mendidik dan menjaga kita sehingga menjadi seorang yg macam sekarang. Jadi diri korang sekarang. Yang pandai membaca, menulis dan mem-bloger mcm sekarang, kan? Yes, memang korang tak salah baca. Memang tak 'Payah' atau dengan erti kata lain 'Tidak susah'. Jadi wish Selamat Hari Bapa pun sudah memadai. Mungkin dengan wish yg anda ucapkan dpt merubah sesuatu keadaan atau perasaan. Yang penting mesti ikhlas, hargai ayah korang dan buat dia berasa bangga dengan korang. Macam saya, Baba saya telah menemui Illahi sejak ashraf berumur 5 tahun. Sedih memang sedih, rindu memang rindu. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Tapi dengan kehilangan seorang ayah bukan menjadi penghalang kepada saya, malah ia membuatkan saya menjadi seorang yg lebih kuat, lebih bersungguh-sungguh untuk belajar. Jadi, sayangilah dan hargailah ayah korang selagi masih ada. Tak payah untuk mengucapkan 3 perkataan yg memberi makna yg mendalam kpd ayah korang :) Kepada arwah Baba - Selamat Hari Bapa. Ashraf sayang baba. Harap korang dpt sedekah kan Al-Fatihah utk Baba saya.
Al-Fatihah ( Zulkifli bin Abdul Latiff )

Saturday, June 18, 2011

Hijab

Assalamualaikum
How's life? sorry kerana lama tak update. So here is the photos that i will like to share with you guys.


Ini merupakan lukisan dari saya sendiri. Inspirasi untuk saya melukis lukisan ini adalah dari pemakaian dan perwatakan wanita Timur Tengah. Terdapat juga cerita disebalik lukisan ini yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkannya. Kisah bermula ketika saya terjumpa seorang gadis berbangsa melayu yang persis seperti gadis yang saya idamkan. Dari situ saya mula melihat dia dari jauh dan terus menjadi contoh kepada lukisan yang telah saya lukiskan.