Sunday, January 27, 2013

Semangat

Assalamualaikum. Hi hello holla.
 
Baiklah. Rasanya dah lama tak menulis di blog kesayangan hamba ini. Pada entri kali ini saya hanya biarkannya santai je. Banyak kepada cerita hidup saya. Baiklah. Sedar tak sedar sekarang sudah 2013 dan sedar tak sedar juga saya akan menduduki Peperiksaan besar tahun ni. Dan cuba bayangkan jika saya masih tak sedar? Banyak yang perlu saya tingkatkan. Dan saya perlu sedar lagi. Saya masih bermimpi dan saya perlu bangun dan berlari. Saya melihat ramai orang disekeliling saya berusaha untuk berjaya namun saya juga impikan benda yg sama. Tapi dimana usaha saya? Saya perlu bangun. Bila waktu Senior Year ni, cakap sahaja pasal pelajaran terus teringat waktu tingkatan 4. Patut ke saya kesal? Atas tindakan saya sendiri. Banyak sangat main-main. Tahun bulan madu. Nak bersuka-suka. Bila belajar tak dinafikan yg kawan itu peranan yang penting. Mungkin saya rindukan rakan-rakan saya ketika tingkatan 3 dahulu. Mereka banyak membantu sehingga saya mendapat keputusan yang memberansangkan. Alhamdulillah. Saya masih ingat sewaktu pengambilan keputusan. Saya sungguh gembira. Saat yang membahagiakan. Tapi ketika tingkatan 4, saya dan kawan-kawan saya terpisah. Aliran pelajaran kami sama cuma saya di kelas bawah mereka. Pada ketika itu saya cuba untuk berdiri sendiri, belajar pada suasana yang berbeza tanpa mereka. Saya boleh je minta kebenaran guru berpindah ke kelas yang sama dengan kawan-kawan saya, tapi saya ingin mengenal erti mencuba. Saya tak nafikan yang kelas saya ketika tingkatan 4 sangat rileks. Walau apa pun yang terjadi seperti cikgu marah kerana tak siap kerja sekolah, ponteng kelas dan diulas oleh guru mengenai sikap kami yang tidak seperti yang diinginkan bagi kelas harapan sekolah, kami tetap rileks. Bukan untuk berasa bangga, tapi mungkin disebabkan keadaan sekeliling, rakan-rakan kelas begitulah yang menjadikan saya seperti sekarang. Nasi sudah menjadi bubur. Kalau difikir kembali mungkin saya sudah bangun sekarang jika saya berpindah ke kelas sama dengan kawan-kawan saya. Dan sekarang saya berada dikelas yang sama cuma nombor sahaja yang menigkat. Kalau belajar pun kurang macam mana nak naik kelas. Di kelas yang sama jugalah saya. Juga tanpa kawan-kawan saya ketika tingkatan 3 dahulu. Bagi saya mereka pembakar semangat saya, kerana saya sering terleka dan mereka yang kejutkan. Saya akan rujuk mereka jika saya salah dan mereka akan betulkan. Mungkin sekarang saya perlukan jam ajaib yang sentiasa akan mengejutkan saya diwaktu saya tertidur leka. Saya perlu bangun. Di kelas sebagai Senior year sekarang saya perlu lebih fokus dan perlu cepat tangkap. Kalau difikir balik, adakah saya sombong dan berlagak pandai atas keputusan PMR saya yang baik dahulu. Sehingga saya tidak fokus ketika tingkatan 4. Saya sering terfikir tentang tu. Dimanakah semangat saya? Sejujurnya saya bagaikan hilang rasa untuk belajar. Rasa terlalu risau dengan reputasi pembelajaran saya. Terlalu risau. Saya tak mahu menyebut perkataan 'putus asa', namun adakah itu yang saya lakukan sekarang? Saya tak nafikan sebagai seorang rakan lelaki, saya malu untuk meluahkan masalah saya kepada rakan tambahan rakan saya kebanyakannya kaum hawa. Namun saya bangga dengan mereka dan bersyukur kerana kami dipertemukan. Disebabkan sikap mereka yang terbuka membuatkan saya selesa berkawan dan berkongsi masalah. Tapi sekarang masa kami bersama kurang. Saya perlu berusaha untuk mendapatkan masa bersama mereka dan belajar lebih giat. Dan saya perlukan semangat saya yang dulu. Kadang-kadang saya tersenyum seronok melihat orang lain berjaya menggapai cita-cita tapi saya berasa sedih ketika berpaling pada diri saya. Prestasi pelajaran saya. Terima kasih kerana pinjamkan masa anda untuk membaca entri saya kali ini yang dah macam drama Indonesia kat TV3 tu. Till then..

No comments:

Post a Comment