Sunday, February 3, 2013

Qasidah Shabab Bangsar.

Assalamualaikum.
Jazakallahu khairan khathira ya akhi ya ukhti. Amboi berbahasa Arab sebentar. Uhuks. Saya masih mencuba utk peraktikkan ayat tu. Ilmu yg baik harus dituntut, kalau tak kita yg rugi. Tak gitu? Well entri kali ni saya bersyukur dan berbesar hati kerana saya dipertemukan dengan rakan-rakan yg baik dan soleh dari Kumpulan Qasidah Shabab Bangsar yg dibimbing oleh Ustaz Ahmad Shahir Jiri. Kumpulan ini baru ditubuhkan pada tahun 2012 dan kebanyakkan ahli masih bersekolah. Secara tidak langsung saya telah menyertai kumpulan ini. Pada awalnya saya telah diajak oleh rakan sekolah saya yg juga kesemua ahli Qasidah ialah schoolmate saya. Diatas kekangan masa, kebanyakkan latihan saya tak dapat hadir. Tapi Alhamdulillah. Kembali kepada beberapa hari yg lalu pada 30 Januari, ahli kumpulan ini telah diundang utk membuat persembahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai Bangsar (SKBP) sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pihak sekolah saya juga turut diundang dan telah hadir diwakili oleh Ustaz Sabli bersama ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Sekolah. Inilah kali pertama saya menyertai dan membuat persembahan Qasidah didepan adik-adik pelajar SKBP. Bersyukur and lega jgk sbb first time macam ni kena buat persembahan dpn adik-adik SKBP. Mereka masih kecil. So takdalah gemuruh sangat. Hihi. Diatas bimbingan Ust Shahir kami telah membawa beberapa lagu Nasyid dan selawat dan diantaranya, Ya Hanana. Ada diantara lagu-lagu tu saya baru first time dengar melodinya tapi kebanyakkan saya ikut ahli yg lain. (Bagi seragam and kalau tak tak tahu kebanyakan saya diam sekejap and cuba ikut) Ahak. Alhamdulillah Sejujurnya saya berasa tenang dan gembira sewaktu membuat persembahan bersama kumpulan ini. Melihat adik-adik SKBP yang bersemangat dan turut serta menyanyi. Semuanya comel belako. Teringat zaman kecik-kecik dulu main kejar-kejar dengan kawan kat sekolah rendah. Ahak. Hati saya tenang seperti itulah perasaan yg saya igin rasakan selama ini. Seperti saya ingin hidup dalam cara dan perasaan yang sebegitu. Syukur kepada Allah kerana telah memberi nikmat perasaan ini. Baiklah. Mohon doa semua semoga perjuangan kami Kumpulan Qasidah Shabab Bangsar direhai oleh Allah dan dapat diterima oleh masyarakat. Amin. In sha Allah. Till then..
Antara ahli kumpulan Qasidah Shabab Bangsar di SKBP baru-baru ini.
Doakan perjuangan kami. AllahuAkbar! (Gambar dari Muhd Danial Rosli)

(Gambar dari Ustaz Ahmad Shahir Jiri)

 
 
p/s: Untuk sebarang undangan persembahan boleh komen dan tinggalkan maklumat diri In sha Allah kami terima bergantung kpd perbincangan. In Sha Allah saya akan upload lebih gambar dan video persembahan kumpulan ini. In sha Allah.

Sunday, January 27, 2013

Semangat

Assalamualaikum. Hi hello holla.
 
Baiklah. Rasanya dah lama tak menulis di blog kesayangan hamba ini. Pada entri kali ini saya hanya biarkannya santai je. Banyak kepada cerita hidup saya. Baiklah. Sedar tak sedar sekarang sudah 2013 dan sedar tak sedar juga saya akan menduduki Peperiksaan besar tahun ni. Dan cuba bayangkan jika saya masih tak sedar? Banyak yang perlu saya tingkatkan. Dan saya perlu sedar lagi. Saya masih bermimpi dan saya perlu bangun dan berlari. Saya melihat ramai orang disekeliling saya berusaha untuk berjaya namun saya juga impikan benda yg sama. Tapi dimana usaha saya? Saya perlu bangun. Bila waktu Senior Year ni, cakap sahaja pasal pelajaran terus teringat waktu tingkatan 4. Patut ke saya kesal? Atas tindakan saya sendiri. Banyak sangat main-main. Tahun bulan madu. Nak bersuka-suka. Bila belajar tak dinafikan yg kawan itu peranan yang penting. Mungkin saya rindukan rakan-rakan saya ketika tingkatan 3 dahulu. Mereka banyak membantu sehingga saya mendapat keputusan yang memberansangkan. Alhamdulillah. Saya masih ingat sewaktu pengambilan keputusan. Saya sungguh gembira. Saat yang membahagiakan. Tapi ketika tingkatan 4, saya dan kawan-kawan saya terpisah. Aliran pelajaran kami sama cuma saya di kelas bawah mereka. Pada ketika itu saya cuba untuk berdiri sendiri, belajar pada suasana yang berbeza tanpa mereka. Saya boleh je minta kebenaran guru berpindah ke kelas yang sama dengan kawan-kawan saya, tapi saya ingin mengenal erti mencuba. Saya tak nafikan yang kelas saya ketika tingkatan 4 sangat rileks. Walau apa pun yang terjadi seperti cikgu marah kerana tak siap kerja sekolah, ponteng kelas dan diulas oleh guru mengenai sikap kami yang tidak seperti yang diinginkan bagi kelas harapan sekolah, kami tetap rileks. Bukan untuk berasa bangga, tapi mungkin disebabkan keadaan sekeliling, rakan-rakan kelas begitulah yang menjadikan saya seperti sekarang. Nasi sudah menjadi bubur. Kalau difikir kembali mungkin saya sudah bangun sekarang jika saya berpindah ke kelas sama dengan kawan-kawan saya. Dan sekarang saya berada dikelas yang sama cuma nombor sahaja yang menigkat. Kalau belajar pun kurang macam mana nak naik kelas. Di kelas yang sama jugalah saya. Juga tanpa kawan-kawan saya ketika tingkatan 3 dahulu. Bagi saya mereka pembakar semangat saya, kerana saya sering terleka dan mereka yang kejutkan. Saya akan rujuk mereka jika saya salah dan mereka akan betulkan. Mungkin sekarang saya perlukan jam ajaib yang sentiasa akan mengejutkan saya diwaktu saya tertidur leka. Saya perlu bangun. Di kelas sebagai Senior year sekarang saya perlu lebih fokus dan perlu cepat tangkap. Kalau difikir balik, adakah saya sombong dan berlagak pandai atas keputusan PMR saya yang baik dahulu. Sehingga saya tidak fokus ketika tingkatan 4. Saya sering terfikir tentang tu. Dimanakah semangat saya? Sejujurnya saya bagaikan hilang rasa untuk belajar. Rasa terlalu risau dengan reputasi pembelajaran saya. Terlalu risau. Saya tak mahu menyebut perkataan 'putus asa', namun adakah itu yang saya lakukan sekarang? Saya tak nafikan sebagai seorang rakan lelaki, saya malu untuk meluahkan masalah saya kepada rakan tambahan rakan saya kebanyakannya kaum hawa. Namun saya bangga dengan mereka dan bersyukur kerana kami dipertemukan. Disebabkan sikap mereka yang terbuka membuatkan saya selesa berkawan dan berkongsi masalah. Tapi sekarang masa kami bersama kurang. Saya perlu berusaha untuk mendapatkan masa bersama mereka dan belajar lebih giat. Dan saya perlukan semangat saya yang dulu. Kadang-kadang saya tersenyum seronok melihat orang lain berjaya menggapai cita-cita tapi saya berasa sedih ketika berpaling pada diri saya. Prestasi pelajaran saya. Terima kasih kerana pinjamkan masa anda untuk membaca entri saya kali ini yang dah macam drama Indonesia kat TV3 tu. Till then..

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum pembaca. Apa khabar kalian semua. Semoga diberkati Allah SWT. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada pembaca-pembaca blog saya. Teruskan berazam dan berusaha untuk mencapai kejayaan dan azam itu. Insha Allah. Sesunggungnya Allah mencipta manusia itu untuk berjaya. Allahurabbi. Baru-baru ini juga saya telah menyertai satu program. Dan kata-kata hikmah dari seorang penceramah yang sehingga sekarang saya masih pegang iaitu "For things to change, I must change first". Untuk sesuatu itu berubah, saya perlu berubah dahulu. Jadi berusahalah untuk mengejar impian yang anda mahu, berazamlah tahun ini untuk berubah kerana tiada apa yang akan berubah jika anda tidak berubah dahulu. Saya ingatkan ini kepada semua dan diri saya sendiri. Kita saling ingat mengingati. In sha Allah.
 
Hari ini bertarikh 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 Hijri dan merupakan hari kelahiran Nabi junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua Muslimin wal muslimat Umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Mari/Jom/Ayuh kita banyakkan salawat keatas Nabi junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
 
Dari Anas bin malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan shalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh derajat/tingkatan (di syurga kelak). (HR. Ahmad ,An-Nasa’i). Allahumma shallii wa sallim ‘alaa nabiyyinaa Muhammad.
 
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Orang yang bakhil (kikir/pelit) itu ialah orang yang apabila namaku disebut disisinya, kemudian ia tidak bershalawat kepadaku (dengan ucapan) “shallallahu ‘alaihi wa sallam"
 
Dan igtlah ketika Sahabat bertanya kpd Nabi siapakah yg engkau rindui wahai Muhammad, Lalu baginda mengalirkan airmata membasahi pipinya. Dan Nabi menjawab, Umatku. Mereka tdk pernah menatap wajahku dan dekat dgnku tetapi mereka Berselawat kpdku dan merinduiku. Allhurabbi. Betapa sayangnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kepada kita.
 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud 'Yang Terpuji'.
 
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
 
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
 
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
 
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
 
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
 
Info dari: ahmad-sanusi-husain.com
 
Itu sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Jangan lupa untuk banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengamalkan sunnah baginda di dalam kehidupan sehari-hari kita. Semoga kita menndapat syafaat di akhirat kelak. In sha Allah. Amin.


Wednesday, March 14, 2012

Give and Get


Assalamualaikum
Bulan yang penuh cabaran dan dugaan, bukan? Usaha dan kesabaran anda akan terbayar juga. Trust me! The more you give, the more you will get! Kata-kata yang pernah AAZ dengar dari seorang kawan dan membuatkan AAZ terangsang dan kuat semangat. Jangan pedulikan kata-kata orang lain. Semuanya bergantung kepada usaha yang anda berikan. Pemikiran yang positif akan membawa anda berfikir out of the box dan mencapai apa yang anda mahukan. Liberum, perkataan yang diambil dari bahasa Latin ini membawa maksud Kebebasan. Sesuatu yang anda tidak bolah ungkapkan, tetapi hanya merasakannya. Cabaran dan dugaan disusuli dengan usaha dan kesabaran akan membawa anda menuju kejayaan dan merasai 'Liberum', InsyaAllah. Jadi, kuatkan semangat, tekad dan usaha anda dalam melakukan sesuatu dan untuk mendapatkannya. Ingat! The more you give, the more you get!


Wednesday, December 14, 2011

Hatiku Berkata

Assalamualaikum
 


Bisik hatiku lepaskan dirinya Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri, Tanpa kasih di hati..

 
 

Saturday, November 26, 2011

AwalMuharam

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh .
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

Saya Amirul Ashraf Zulkifli ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam 1433 kpd seluruh umat islam didunia .mari lah kita sambut dengan perubah ke jalan Allah, penuh syukur, insaf dan sederhana kepada Allah S.W.T. Berazamlah dan berusahalah untuk mencapai azam tersebut. Sesungguhnya Allah mencipta manusia itu untuk mencapai kejayaan. I ♥ الله
Till then..